Battery laptop yang mengembang boleh merosakkan touchpad, keyboard dan casing laptop jika dibiarkan terlalu lama.
Battery laptop kembung adalah antara masalah yang kerap ditemui di Klinik Laptop TJ, terutama bagi laptop yang sudah digunakan beberapa tahun.
Ramai pengguna tidak sedar bahawa masalah ini boleh menyebabkan kerosakan lain jika dibiarkan terlalu lama.
Kebanyakan laptop moden menggunakan bateri jenis lithium-ion atau lithium-polymer.
Apabila bateri mula rosak akibat usia, haba atau kerosakan dalaman, gas boleh terbentuk di dalam sel bateri dan menyebabkan bateri mengembang.
Ini adalah simptom yang paling biasa berlaku.
Battery yang mengembang akan menolak bahagian bawah laptop ke atas sehingga touchpad kelihatan timbul atau sukar ditekan.
Dalam sesetengah model laptop, battery yang kembung akan menekan keyboard dari bawah.
Akibatnya terdapat bahagian keyboard yang naik atau casing laptop kelihatan tidak rata.
Battery yang sudah rosak biasanya tidak lagi mampu menyimpan kuasa seperti biasa.
Ada pengguna yang mendapati bateri hanya mampu bertahan beberapa minit walaupun telah dicas penuh.
Battery yang bermasalah boleh menghasilkan haba berlebihan semasa proses pengecasan atau penggunaan biasa.
Jika laptop terasa panas pada bahagian tapak tangan atau bawah casing, pemeriksaan lanjut disarankan.
Ya. Walaupun tidak semua battery kembung akan menyebabkan masalah serius, ia tetap tidak boleh dianggap normal.
Battery yang terus mengembang boleh merosakkan touchpad, keyboard, casing dan dalam keadaan tertentu boleh memberi tekanan kepada komponen dalaman laptop.
Dalam kebanyakan kes, pengguna hanya perlu menggantikan battery yang rosak.
Tidak semestinya perlu membeli laptop baru selagi komponen lain masih berada dalam keadaan baik.
Battery kembung boleh meletup ke?
Kes seperti ini jarang berlaku, tetapi bateri lithium yang rosak tidak sepatutnya dibiarkan terlalu lama kerana ia boleh menjadi semakin tidak stabil.
Adakah data dalam laptop akan hilang jika tukar battery?
Tidak. Proses penggantian battery tidak melibatkan hard disk atau SSD.
Berapa lama proses tukar battery?
Ia bergantung kepada model laptop dan ketersediaan stok battery yang sesuai.
Jangan tunggu sehingga casing, keyboard atau touchpad mengalami kerosakan yang lebih serius.
Klinik Laptop TJ menyediakan pemeriksaan masalah battery laptop dan penggantian battery untuk pelbagai model laptop.